IPS 2025
Conference Management System
Main Site
Submission Guide
Register
Login
User List | Statistics
Abstract List | Statistics
Poster List
Paper List
Reviewer List
Presentation Video
Online Q&A Forum
Ifory System
:: Abstract ::

<< back

Pengetahuan dan Cabaran Penggunaan Teknologi Guru Pelatih dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fizik
Nur Alya Qistina binti Zainuddin

Universiti Teknologi Malaysia


Abstract

Penguasaan penggunaan teknologi dalam kalangan guru pelatih merupakan aspek penting seiring perkembangan pendidikan abad ke-21 serta keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan cabaran penggunaan teknologi dalam kalangan guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran Fizik. Kaedah campuran (mixed method) digunakan, melibatkan pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik dan data kualitatif melalui temu bual separa berstruktur. Seramai 44 orang guru pelatih Fizik tahun 3 dan tahun 4 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih secara persampelan bertujuan. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan kerangka TPACK dengan tumpuan terhadap konstruk Pengetahuan Teknologi (TK), Pengetahuan Isi Kandungan (CK), Pengetahuan Pedagogi (PK) dan Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK). Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian ini dijangka dapat memberikan gambaran tentang tahap penguasaan teknologi guru pelatih serta mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi guru pelatih, khususnya dalam bidang Fizik.

Keywords: Guru pelatih, teknologi, TPACK, pengajaran Fizik

Topic: Physics Education

Plain Format | Corresponding Author (NUR ALYA QISTINA BINTI ZAINUDDIN)

Share Link

Share your abstract link to your social media or profile page

IPS 2025 - Conference Management System

Powered By Konfrenzi Ultimate 1.832M-Build8 © 2007-2025 All Rights Reserved