PENGGUNAAN DAN KESEDARAN MEDIA SOSIAL DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK FIZIK MURID TINGKATAN 4 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Abstract Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan dan kesedaran media sosial dengan pencapaian akademik Fizik murid Tingkatan 4. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penggunaan media sosial, tahap kesedaran terhadap implikasi penggunaannya, serta hubungannya dengan pencapaian akademik dalam subjek Fizik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Seramai 97 orang murid Tingkatan 4 dari dua buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru telah dipilih sebagai responden. Instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan penggunaan dan kesedaran media sosial, manakala pencapaian akademik diperoleh melalui markah peperiksaan Fizik terkini dan analisis soalan instrumen berkaitan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS.Jangkaan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media sosial dalam kalangan murid adalah tinggi, manakala tahap kesedaran terhadap implikasi penggunaan berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Kajian ini juga menjangkakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan media sosial dan pencapaian akademik Fizik. Kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada guru, ibu bapa dan pihak sekolah dalam menyusun strategi pendidikan serta meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap penggunaan media sosial yang bijak demi kecemerlangan akademik. Keywords: penggunaan media sosial, kesedaran, pencapaian akademik, Fizik, murid Tingkatan 4 Topic: Physics Education |
IPS 2025 Conference | Conference Management System |