Hubungan antara pencapaian Fizik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kalangan pelajar
Nabila Razak & Fatin Aliah Phang

Sekolah Pendidikan, Fakulti Pendidikan Sains Dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru


Abstract

Subjek matematik sememangnya berkait rapat dengan subjek fizik kerana pengiraan matematik digunakan dalam penyelesaian masalah fizik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pencapaian fizik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Kulai, Johor dan melibatkan seramai 30 orang pelaajr Tingkatan 4 yang mengambil pakej STEM A. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif berbentuk kolerasi dan instrumen kajian ini mengandungi lima soalan topik Gerakan Linear. Dapatan hasil dan data dianalisis menggunakan ujian kolerasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh ubah utama iaitu pencapaian Fizik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian ini memberikan implikasi penting kepada guru dalam merancang strategi pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek fizik melalui penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik.

Keywords: Pencapaian Fizik, Kemahiran penyelesaian masalah matematik, Tingkatan 4

Topic: Physics Education

IPS 2025 Conference | Conference Management System