Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Kooperatif Dalam Meningkatkan Pemahaman Konsep Pelajar Terhadap Subjek Fizik Topik Daya Dan Gerakan 1
NUR AMANI BINTI BASIRON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan pemahaman konsep pelajar terhadap topik Daya dan Gerakan 1 dalam Fizik Tingkatan 4. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan seramai 60 orang pelajar daripada dua buah sekolah menengah di kawasan Taman Universiti dan Kangkar Pulai dengan menggunakan teknik kuasi eksperimen dimana pelajar tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang menjalani pembelajaran kooperatif dan kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran tradisional. Instrumen kajian yang digunakan dalam ujian pra dan pasca bagi mengukur perubahan pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan ujian topikal, manakala data dianalisis menggunakan ujian-t Sampel Bebas menerusi perisian SPSS. Kajian juga mendapati bahawa integrasi elemen PAK21 iaitu pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan penggunaan teknologi dapat memperkukuh lagi keberkesanan pendekatan ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencatatkan peningkatan signifikan dalam skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Selain prestasi akademik, pelajar juga menunjukkan tahap penglibatan, motivasi, dan interaksi yang lebih tinggi semasa sesi pembelajaran. Diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan berguna kepada pendidik dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan, menyeronokkan dan relevan dengan keperluan pelajar masa kini.

Keywords: pembelajaran kooperatif, fizik tingkatan 4, daya dan gerakan, motivasi pelajar, pemahaman konsep, masa kini

Topic: Physics Education

IPS 2025 Conference | Conference Management System